Akhirnya, filem “Dream” sudah mengumumkan tarikh tayangannya!
Bagi yang belum tahun, Park Seo-joon dan IU bakal jadi teraju utama dalam filem “Dream”, membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.
Dalam filem ini, Park Seo-joon akan membintangi sebagai Yoon Hong-dae, seorang pemain bola sepak profesional dalam percubaan tatatertib, yang menjadi jurulatih pasukan bola sepak yang teruk. Manakala IU akan memainkan watak Lee So-min, seorang penerbit stesen penyiaran yang tergesa-gesa menghasilkan dokumentari pasukan bola sepak.
Terbaru menurut industri filem, “Dream” telah dijadualkan untuk tayang pada 26 April ini, selepas menangguhkan tayangannya pada 2022 yang lalu.
Selain itu, turut dilaporkan bahawa Park Seo-joon dan IU sedang merancang untuk menyelaraskan jadual mereka menjelang promosi buat filem tersebut.
Sama-sama kita nantikan “Dream” bakal ditayangkan pada 26 April ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉