Ikuti Kami:

Setelah Lama Menanti, Filem ‘Dream’ Diterajui Park Seojoon & IU Ada Kemas Kini Terbaru

Setelah Lama Menanti, Filem ‘Dream’ Diterajui Park Seojoon & IU Ada Kemas Kini Terbaru

Akhirnya, ada kemas kini terbaru mengenai filem “Dream” bakal diterajui Park Seo-joon dan IU!

Bagi yang belum tahun, Park Seo-joon dan IU bakal jadi teraju utama dalam filem “Dream”, membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.

Dalam filem ini, Park Seo-joon akan membintangi sebagai Yoon Hong-dae, seorang pemain bola sepak profesional dalam percubaan tatatertib, yang menjadi jurulatih pasukan bola sepak yang teruk. Manakala IU akan memainkan watak Lee So-min, seorang penerbit stesen penyiaran yang tergesa-gesa menghasilkan dokumentari pasukan bola sepak.

Untuk pengetahuan, filem yang diarahkan oleh Lee Byung-hun ini telah selesai menjalani penggambaran pada April 2022 yang lalu dan pada asalnya dijadualkan untuk tayang pada separuh kedua 2022 namun, ditangguhkan ke 2023.

filem dream

Terbaru pada 9 Mac, saluran Instagram dan YouTube pengedar filem tersebut iaitu ‘Plus M Entertainment’, telah menukar gambar profil mereka kepada tema “Dream” dan turut menyiarkan imej teaser filem tersebut di Instagram Story.

Selain itu, Lembaga Penarafan Media Korea juga mengesahkan bahawa poster untuk “Dream” telah disemak bagi pelancarannya tak lama lagi.

Meskipun tarikh tayangan rasmi belum lagi diumumkan namun, dengan kemas kini terbaru ini, peminat boleh agak filem “Dream” bakal ditayangkan tak lama lagi.

Sama-sama kita tunggu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...