Ikuti Kami:

Watak Dibenci, Joo Jonghyuk Balas Komen Buruk Ditinggalkan Penonton ‘Extraordinary Attorney Woo’

Watak Dibenci, Joo Jonghyuk Balas Komen Buruk Ditinggalkan Penonton ‘Extraordinary Attorney Woo’

Meskipun “Extraordinary Attorney Woo” dipenuhi dengan banyak watak menyentuh hati namun terdapat satu karakter yang sentiasa membuatkan penonton geram.

Anda pasti kenal Kwon Min-woo yang dilakonkan oleh pelakon Joo Jong-hyuk kan? Tidak pasti apa silapnya namun lelaki ini sering merendah-rendahkan kemampuan Woo Young-woo sebagai peguam. Malah dia sanggup menyebarkan cerita palsu dengan mengatakan bahawa wanita itu diterima masuk ke dalam firma guaman mereka kerana ayahnya yang baik dengan CEO ‘Hanbada’.

ena extraordinary attorney woo

Tak cukup dengan itu, Kwon Min-woo yang digelar ‘guru penipu’ turut mengatakan bahawa Woo Young-woo tak patut dianggap sebagai seorang peguam baru walaupun dia di dalam spektrum autisme memandangkan wanita itu mendapat skor penuh di Fakulti Perundangan di Universiti Kebangsaan Seoul.

Melihatkan helah ‘murah’ Kwon Min-woo, ternyata penonton tidak mampu menahan marah mereka dan melemparkan kata-kata cacian menerusi Instagram pelakon itu. Antara komen yang ditulis, “Nak mati ke Kwon Min-woo?”, “Kenapa awak layan Young-woo macam tu..”, “Saya hanya akan bertahan sekali sahaja lagi..”, “Jangan buli Woo Young-woo..” dan “Kwon Min-woo, awak tak patut buat begitu..”

Sepertinya memahami perasaan penonton, Joo Jong-hyuk telah memuat naik entri bagi menenangkan semua,

Whoa.. whoa..

Pada yang menonton, pastinya anda mengetahui kata-kata popular Woo Young-woo iaitu “Whoa whoa” yang digunakan untuk menenangkan kliennya ketika di kandang tertuduh.

Kesian Joo Jong-hyuk dimarahi kerana wataknya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...