Ikuti Kami:

Terus Lakar Sejarah ENA, Rating ‘Extraordinary Attorney Woo’ Lepasi 13%

Terus Lakar Sejarah ENA, Rating ‘Extraordinary Attorney Woo’ Lepasi 13%

Setiap episod, pastinya “Extraordinary Attorney Woo” mencipta rekod yang membanggakan!

Terbaru, siri tersebut mencatatkan angka membanggakan iaitu 13.1% sekaligus menjadi rating tertinggi dalam rekod peribadi dan dalam sejarah saluran ENA.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terbaru ini, hubungan Woo Young-woo (Park Eun-bin) dan Lee Jun-ho (Kang Tae-oh) kian mekar namun penonton tak terlepas daripada kisah sedih apabila wanita itu menjumpai ibu kandung sebenarnya iaitu Tae Su-mi, pemilik firma guaman Taesan.

ena extraordinary attorney woo

Melihatkan trend menaik rating “Extraordinary Attorney Woo”, ramai yang menjangkakan bahawa siri ini akan menyaksikan rekod yang lebih ‘besar’ nanti.

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Hebat “Extraordinary Attorney Woo”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...