Siapa sangka umur korang boleh berubah dalam satu malam sahaja?
Hal ini yang terjadi buat semua warganegara Korea Selatan apabila kerajaan memutuskan untuk mengira umur mengikut standard antarabangsa kini dan bukan cara kiraan tradisional.
Merupakan perubahan yang digerakkan oleh Presiden Yoon Seok-yeol sejak tahun lalu selain dipersetuji oleh tiga per empat warganegara dalam satu survey, Kabinet Kebangsaan akhirnya melaksanakan perubahan itu bermula 28 Jun bagi mengurangkan kekeliruan selain mengikut norma global.
Bagi yang tidak mengetahui, penduduk Korea Selatan biasanya mempunyai perbezaan umur satu ke dua tahun dengan mengira tempoh yang dilalui semasa dalam kandungan. Sistem pengiraan tradisional ini juga sering diguna pakai dalam pelbagai situasi sosial dan tempat kerja di mana hierarki umur adalah penting.
Dalam pada itu, mereka tidak perlu melakukan perubahan pada dokumen penting seperti kad pengenalan, pencen mahupun passport memandangkan info penting itu sememangnya menggunakan kiraan usia antarabangsa.
Untunglah tiba-tiba muda.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉