Ramai yang dah tak sabar nantikan tayangan “The Glory” di Netflix kan?

Bagi yang belum tahu, “The Glory” membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.
Terbaru, drama itu dikhabarkan bakal bersiaran di laman penstriman tersebut pada Disember nanti.
Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah “The Glory” berkemungkinan diberikan had umur untuk penonton 18 tahun ke atas sahaja.
Meskipun tidak dapat dipastikan sebabnya namun berkemungkinan besar ia adalah kerana babak pembalasan dendam yang mungkin melibatkan adegan berdarah. Tak kurang juga ada yang menebak terdapat adegan seksual yang mungkin akan diselitkan di dalamnya.
Nantikan tayangan drama ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.