Selepas 8 Bulan, ‘The Glory’ Diterajui Song Hyekyo & Lee Dohyun Tamat Penggambaran

netflix the glory

Nampaknya, drama “The Glory” bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Bagi yang belum tahu, “The Glory” membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.

Terbaru pada 13 Ogos, Song Hye-kyo telah memuat naik fotonya bersama pasukan produksi “The Glory” di Instagram Story.

Song hyekyo the glory

Pelakon itu turut menulis kapsyen,

Terima kasih kepada pasukan, Moon Dong-eun (nama watak) dapat melakukannya. Terima kasih atas barang kemas.

Selepas 8 bulan, drama “The Glory” dijangka telah selesai menjalani penggambaran. Dalam salah satu foto yang dimuat naik, skrip episod 16 drama tersebut turut dilihat, dipercayai bahawa “The Glory” akan mempunyai 16 episod secara keseluruhan.

Sama-sama kita nantikan tayangan “The Glory” di Netflix nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Leave a Reply