Ikuti Kami:

“Harap Dia Bawa Watak Berlainan” – Song Hyekyo & Lee Dohyun Dilihat Jalani Penggambaran ‘The Glory’

“Harap Dia Bawa Watak Berlainan” – Song Hyekyo & Lee Dohyun Dilihat Jalani Penggambaran ‘The Glory’

Tak sabar nak lihat gandingan Song Hye-kyo dan Lee Do-hyun dalam sebuah drama garapan Kim Eun-sook tak lama lagi!

“The Glory” membawa kisah licik dan sedih mengenai seorang wanita yang merencana pembalasan dendam setelah sekian lama.

Semasa di sekolah menengah, dia berimpian untuk menjadi arkitek namun terpaksa berhenti sekolah selepas dibuli dengan kejam. Sejak itu, dia menantikan hingga pembulinya berkahwin, mempunyai anak yang kemudiannya memasuki sekolah rendah. Bertahun merancang, wanita itu memulakan rencana membalas dendam yang mendalam dan terdesak terhadap pembuli dan individu yang hanya melihatnya tanpa melakukan apa-apa sebagai guru kelas anak mereka.

song hyekyo lee dohyun

Terbaru, kedua pelakon itu dilihat sedang sibuk menjalani penggambaran untuk siri itu. Kedua-duanya kelihatan suram, sepadan dengan plot drama ini yang gelap kerana pembalasan dendam.

Antara komen penonton:

Matanya nampak gelap hingga kelihatan menyeramkan. Saya menantikan perubahannya.

 

Saya berjahrap Song Hye-kyo akan berubah dari watak lembut biasa yang tersakiti kerana cinta. Tapi dari aspek imej, saya tak sabar menantikannya.

 

Wajah yang cantik!! Saya berharap agar drama ini bagus.

 

Rambut baru, bentuk baru. Tak sabar menantikan watak jahat dari Song Hye-kyo.

 

Ini yang membuatkan saya menantikannya. Walaupun hanya foto belakang tabir, tapi dia sangat cantik.

Khabarnya, drama bermusim ini akan ditayangkan menerusi platform Netflix nanti.

Fighting Song Hye-kyo dan Lee Do-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...