Ikuti Kami:

WANNA ONE Sah Bakal Bersatu Kembali Di Anugerah MAMA

WANNA ONE Sah Bakal Bersatu Kembali Di Anugerah MAMA

Sah! WANNA ONE akan bersatu semula di 2021 Mnet Asian Music Awards (MAMA)!

Pada 15 November, penganjur MAMA 2021 mengumumkan bahawa WANNA ONE dan krew tarian Mnet “Street Woman Fighter” akan membuat persembahan pada majlis anugerah yang akan datang.

WANNA ONE, yang mencipta pelbagai rekod muzik di Korea semasa promosi mereka dan turut memainkan peranan dalam menyebarkan K-pop ke seluruh dunia, dan krew ‘Street Woman Fighter’, yang merupakan pemain utama dalam adegan K-dance dan juga telah memainkan peranan utama dalam menyebarkan K-pop ke seluruh dunia, kedua-duanya baru-baru ini disahkan akan menghadiri MAMA pada 11 Disember ini.

Mereka akan menyediakan persembahan istimewa yang akan mendebarkan peminat muzik.

wanna one reunion MAMA 2021WANNA ONE ialah kumpulan projek yang terdiri daripada 11 peserta terbaik dari program Mnet “Produce 101 Season 2”.

Selepas kumpulan itu dibubarkan pada Disember 2018, ahli-ahli kembali ke kumpulan lama mereka seperti Min-hyun NU’EST, ahli yang memulakan kerjaya dalam kumpulan baharu iaitu Lee Dae-hwi AB6IX dan Park Woo-jin, Bae Jin-young CIX, atau ahli yang bergerak secara solo iaitu Ha Sung-woon, Yoon Ji-sung, Ong Seong-wu, Kim Jae-hwan, Kang Daniel, Park Ji-hoon dan Lai Kuanlin.

MAMA 2021 akan diadakan pada 11 Disember ini jam 5 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...