WANNA ONE Dalam Perbincangan Positif Untuk Bersatu Semula Di Anugerah MAMA

wanna one reunion

Kita mungkin akan dapat lihat pertemuan semula WANNA ONE tidak lama lagi!

Pada 3 November, JTBC News melaporkan bahawa beberapa sumber industri telah mendedahkan bahawa WANNA ONE merancang untuk bersatu semula menjelang 2021 Mnet Asian Music Awards (MAMA). Satu sumber berkata,

Perbincangan tentang perjumpaan semula sentiasa berlaku sebelum majlis anugerah, tetapi perbincangan tahun ini lebih positif dan bersemangat.

Sumber lain meramalkan,

Sejak I.O.I bersatu semula Mei lalu, pertemuan semula WANNA ONE mungkin boleh dilakukan sekarang.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, CJ ENM mendedahkan,

Kami sedang mengadakan perbincangan positif tentang pelbagai rancangan termasuk Mnet Asian Music Awards (MAMA), konsert, dan album yang melibatkan semua ahli WANNA ONE.

WANNA ONE REUNION WANNA ONE ialah kumpulan projek yang terdiri daripada 11 peserta terbaik dari program Mnet “Produce 101 Season 2”.

Selepas kumpulan itu dibubarkan pada Disember 2018, ahli-ahli kembali ke kumpulan lama mereka seperti Min-hyun NU’EST, ahli yang memulakan kerjaya dalam kumpulan baharu iaitu Lee Dae-hwi AB6IX dan Park Woo-jin, Bae Jin-young CIX, atau ahli yang bergerak secara solo iaitu Ha Sung-woon, Yoon Ji-sung, Ong Seong-wu, Kim Jae-hwan, Kang Daniel, Park Ji-hoon dan Lai Kuanlin.

Jika pertemuan semula itu berlaku, ia adalah kali pertama WANNA ONE berkumpul sebagai sebuah kumpulan setelah hampir tiga tahun sejak konsert terakhir mereka pada Januari 2019. Nantikan maklumat lanjut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

1 komen

Leave a Reply