Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah Kim Jong-kook akan menamatkan zaman bujangnya..
Terbaru dalam siaran “I’m Angry Now”, Cha Tae-hyun telah menyatakan bahawa rakan baiknya iaitu Kim Jong-kook harus menarik diri dari program “My Little Old Boy”. Jelas pelakon lelaki itu,
Saya menonton ‘My Little Old Boy’ dan berfikir ‘Itu tidak betul. Adegan itu tidak sepatutnya keluar. Wanita tidak akan suka melihat sisi ini’.
Kemudian, Cha Tae-hyun mengatakan bahawa dia merasakan Kim Jong-kook masih belum berkahwin kerana imejnya dalam program berkenaan.
Saya rasa dia tak sepatutnya begitu terbuka dengan sisinya yang sangat berjimat kerana sebelum ini dia menimbulkan kekecohan apabila mendedahkan bahawa dia hanya menggunakan 2 helai tisu tandas selepas ke bilik air.
Mungkin akan ada wanita yang menerima Kim Jong-kook seadanya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.