Ikuti Kami:

Usia Hampiri 50 Tahun, Kim Jongkook Tidak Berkahwin Dek Enggan Keluarkan Duit?

Usia Hampiri 50 Tahun, Kim Jongkook Tidak Berkahwin Dek Enggan Keluarkan Duit?

Sudah hampir memasuki usia 50 tahun, agak-agaknya kenapa Kim Jong-kook masih belum menamatkan zaman bujangnya?

Terbaru pada siaran 23 Julai program “My Little Old Boy”, Lee Sang-min, Kim Jong-kook dan Kim Jong-min telah bertemu dengan 3 orang tetamu, di mana mereka ada bercerita tentang perkahwinan.

Khususnya dalam siaran itu, mereka ada meluahkan pandangan mengenai keluarga dan anak-anak. Menarik perhatian ramai, Lee Sang-min berkata,

Tetapi, saya berfikir seperti ini. Saya bukan masalahnya kerana masalah paling besar ialah Jong-kook.

Jelas Lee Sang-min dengan mendedahkan sebab mengapa Kim Jong-kook masih belum berkahwin,

Dari sudut pandangan saya, dia tidak berkahwin kerana dia takut membelanjakan wang yang diperolehinya.

kim jongkook

Selepas mendengar kenyataan itu, Kim Jong-min turut bersetuju dan menambah,

Dia benar-benar berjimat cermat.

Ingin mempertahankan dirinya, Kim Jong-kook mendedahkan,

Saya hanya jarang membelanjakan wang. Apabila saya bersendirian, saya tidak pernah menghidupkan penghawa dingin. Seperti semalam dan hari sebelumnya, saya hanya menggunakan kipas.

Selagi boleh jimat, kita jimat lah kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...