Adakah Kim Jong-kook secara perlahan mendedahkan bahawa dia ada menjalinkan hubungan istimewa kini?
Dalam episod terbaru “My Ugly Ducklings”, Kim Jong-kook dan Kim Jong-min telah melawan kediaman Lee Sang-min di Paju. Pun begitu, lelaki itu berkongsi bahawa ini adalah momen terakhir itu memandangkan dia akan berpindah kembali ke Yongsan.
Semasa menjamah makanan, ketiga-tiga mereka menguji ‘sel cinta’ masing-masing dan Kim Jong-min dan Kim Jong-kook mereka senario di mana mereka berkenalan dengan dengan kekasih imaginasi Lee Sang-min.
Sebagai respon, Kim Jong-kook turut memperkenalkan kekasih imaginasinya. Usik Kim Jong-min menyambung cerita,
Awak punyai otot yang banyak. Malah lagi besar dari Kim Jong-kook.
Lelaki berbadan sasa itu kemudiannya berlakon seperti kekasih imaginasinya duduk di paha,
Kami berjumpa di gim dan dia selalu angkat berat. Dia boleh angkat 500kg.. saya kagum sangat.
Lee Sang-min turut menambah cerita,
Awak mesti sedih sebab hubungan ini baru sahaja didedahkan baru-baru ini. Awak di US kan?
Tambah Kim Jong-kook,
Itulah, dia tak nak beritahu orang juga. Dia terkejut setiap kali saya menyebut teman wanita di US dalam program televisyen.
Sketsa ini berpanjangan apabila lelaki berbadan sasa itu menambah,
Kami sudah sekian lama bersama, jadi saya panggil dia ‘sayang’. Tiada ciuman terakhir buat kami. Itu sesuatu yang kami selalu lakukan.
Macam budak-budak yang tua-tua semua ni.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉