Ikuti Kami:

“Wanita Berdada Besar..” – Deskripsi Watak Cha Jooyoung Dalam ‘The Real Has Come’ Dipersoal

“Wanita Berdada Besar..” – Deskripsi Watak Cha Jooyoung Dalam ‘The Real Has Come’ Dipersoal

Selepas kejayaan “The Glory”, Cha Joo-young terus menujukkan bakat lakonan menerusi drama seperti “The Heavenly Idol” dan drama mingguan terbaru KBS iaitu “The Real Has Come”.

Untuk drama panjang ini, Cha Joo-young membawa watak Jang Se-jin iaitu anak kepada ketua staf NX Group dan menanam impian untuk memasuki keluarga kaya itu dengan mengahwini rakan baiknya, Gong Tae-kyung (Ahn Jae-hyun).

Dalam episod pertamanya, drama ini memperkenalkan setiap watak utamanya termasuklah Jang Se-jin yang sedang bersedia untuk menakluki keluarga NX Group dan menolak lamaran Kim Jun-ha (Chung Hee-jae), lelaki yang sudah sekian lama mengejarnya meskipun mempunyai kekasih iaitu Oh Yeon-doo (Baek Jin-hee).

cha jooyoung the real has come

Semasa merancang lamaran istimewa buat Jang Se-jin, kecurangan Kim Jun-ha dikesan oleh Oh Yeon-doo dan wanita itu meminta mereka berpisah. Tenggelam dengan kemarahan, Oh Yeon-doo kemudiannya menconteng kereta yang disangka kepunyaan lelaki tersebut dengan pelbagai perkataan seperti ‘Kereta ini dinaiki pencurang’, ‘Dia suka wanita berdada besar’, ‘Hidup bahagia dengan SJ’ dan lain-lain.

Walaupun nampak ringan, namun ada segelintir penonton yang kesal kerana perkataan mengenai fizikal Cha Joo-young digunakan dalam babak berkenaan.

cha jooyoung the real has come

Kata mereka,

Aduh kenapa..

 

Hye-jeong (nama watak Cha Joo-young dalam ‘The Glory’) sama sahaja di sini pun..

 

Apa lah ‘wanita berdada besar..’

 

Lakonan Chung Hee-jae dan Cha Joo-young sangat best!

cha jooyoung the real has come

Untuk pengetahuan, “The Real Has Come” membawa kisah wanita dan lelaki bujang yang mengikat kontrak palsu bersama dan mereka kemudiannya melalui fasa percintaan, kehamilan, kelahiran dan penjagaan anak bersama.

Hmmm..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...