Sudah seminggu disiarkan namun bahang kehangatan siri “The Glory” masih terasa sehingga ke hari ini.

Dalam sebuah temubual rasmi bersama majalah ‘W Korea’, Im Ji-yeon, Kim Hieora, Cha Joo-young, Park Sung-hoon dan Kim Gun-woo telah berbincang lebih mengenai watak mereka.
Ketika bercerita tentang perwatakan masing-masing, kongsi Kim Hieora mengenai Cha Joo-young,
Kerana terlalu kagum melihat badan Cha Joo-young yang menawan, ada satu tindakan yang saya lakonkan tanpa sedar. Badan Joo-young sangat cantik dan dia tinggi, jadi pandangan saya tak dapat dialihkan.
Jelasnya mengenai satu babak yang berlaku tanpa sengaja,
Kerana taksub memandang, saya tanpa berfikir telah menyembur cecair pembasmi kuman (Febreeze) ke arah dadanya. Selepas melakukan hal itu, baru saya terfikir untuk bertanya, ‘Tak apa ke saya terus melakukannya?’ dan dia memberikan kebenaran untuk mengulangi tindakan itu sepuas hati.
Balas Cha Joo-young sambil tertawa,
Kerana Kim Hieora, babak berkenaan pastinya tular.
Dalam pada itu, Park Sung-hoon memilih babak tab mandi bersama Cha Joo-young sebagai yang paling diingatinya,
Saya terkejut membaca skrip ‘Nak masuk sekali?’. Saya tak sangka ia akan pergi sejauh itu.
Lakonan mereka nampak ‘real’ kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉