Ikuti Kami:

“#BodyGoals” – Popular Dek ‘The Glory’ Kini, Penampilan Seksi Cha Jooyoung Jadi Perhatian

“#BodyGoals” – Popular Dek ‘The Glory’ Kini, Penampilan Seksi Cha Jooyoung Jadi Perhatian

Sejak drama “The Glory” popular di serata dunia, para pelakon yang membintanginya turut menjadi sebutan sekali.

Terbaru, Cha Joo-young yang membawa watak Choi Hye-jeong dalam siri berkenaan telah menghadiri acara foto bagi satu jenama terkenal di Cheongdam-dong, Gangnam, Seoul pada petang tadi.

Ketika menghadiri majlis ini, penampilan wanita itu yang menyarungkan baju ‘off-shoulder’ dan seluar panjang hitam menarik perhatian semua. Tambahan pula, ia menyerlahkan lagi keseksian yang matang Cha Joo-young.

cha jooyoung

Bukan itu sahaja, kesemua peminat memuji rambut panjang, pinggang yang ramping dan badan yang cantik dimilikinya. Bahkan para waratwan dilihat bersorak kuat semasa kemunculan Cha Joo-young sekaligus membuktikan kepopularitian wanita tersebut kini.

Dalam pada itu, Cha Joo-young bakal muncul drama mingguan KBS bertajuk “The Real One Has Appeared”.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...