Ikuti Kami:

Model Didakwa Jadi Pelakon Ganti Cha Jooyoung Bagi Babak ‘Panas’ ‘The Glory’ Luah Kemarahan

Model Didakwa Jadi Pelakon Ganti Cha Jooyoung Bagi Babak ‘Panas’ ‘The Glory’ Luah Kemarahan

Masih lagi menjadi sebutan, sehingga ke hari ini ramai masih ‘mengorek’ mengenai kebenaran di sebalik babak tayang dada melibatkan Cha Joo-young dalam “The Glory”.

Selepas sahaja tayangan bahagian kedua siri Netflix itu, ramai yang mengatakan babak berkenaan dilakonkan oleh seorang pelakon ganti yang disebut dalam bahagian kredit drama berkenaan.

Terbaru, model tersebut meluahkan kemarahan di laman Instagram miliknya,

Bukan saya. Saya tak ada kena mengena dengan Netflix ‘The Glory’. Saya hanya membeli makanan ringan semasa menerima panggilan rakan dan terus bergegas pulang ke rumah.

model cha jooyoung

Jelasnya,

Saya terkejut dan tak tahu apa tindakan yang perlu diambil, jadi saya meninggalkan dahulu pesanan di sini. Saya tak akan membaca sebarang mesej terus (DM) dan akan memadam kesemuanya.

Terdahulu, pelakon Cha Joo-young yang melakonkan watak Choi Hye-jung mendedahkan mengenai kebenaran di sebalik tabir,

Watak saya menjalani pembedahan payu dara dalam kisah ini namun sebabkan saya tak pernah melakukan pembedahan, kami menggunakan efek grafik (CG) untuk bahagian itu. Pelakon ganti digunakan untuk babak di mana watak saya memasuki tab mandi.

cha jooyoung the glory

Kesian tak pasal kena tuduh..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...