Ikuti Kami:

“Babak Itu Perlu Ada” – Didakwa Guna CG, Cha Jooyoung Jawab Kontroversi Babak ‘Panas’ Dalam ‘The Glory’

“Babak Itu Perlu Ada” – Didakwa Guna CG, Cha Jooyoung Jawab Kontroversi Babak ‘Panas’ Dalam ‘The Glory’

Setiap hari, banyak topik yang dibincangkan mengenai bahagian kedua “The Glory” selepas ia disiarkan pada minggu lalu.

Tidak disangka, situasi yang paling disebut ramai selepas bahagian kedua siri ini disiarkan ialah mengenai babak tayang dada yang dilakonkan oleh Cha Joo-young. Antara yang dibincangkan penonton ialah sama ada bahagian atas wanita itu disunting menggunakan efek grafik (CGI) atau menggunakan bantuan pelakon ganti.

Respon Cha Joo-young bagi meredakan persoalan semua,

Babak dada itu ialah efek grafik. Saya tak fikir apa. Ini kerana babak itu tidak memerlukan fikiran yang mendalam kerana babak serta watak itu diperlukan dalam siri ini.

cha jppypung the glory

Tambahnya lagi, dia turut banyak berbincang dengan penulis dan pengarah mengenai babak itu,

Tiada apa yang saya teragak-agak dan khuatirkan selepas membaca skrip. Ia merupakan babak yang melengkapkan watak Hye-jeong.

Jelasnya lagi dengan lanjut,

Nak kata saya tak buka pun tak sebab badan saya dapat dilihat semua. Mungkin penjelasan saya ini agak kurang jelas, tapi saya mahu menjelaskan dengan sebenarnya. Memang ada pelakon ganti yang bersedia, CG pun digunakan, dan saya juga ada bersedia di situ. Ia merupakan babak yang memerlukan banyak persediaan.

Berkaitan babak bogel bersama Jeon Jae-joon (Park Sung-hoon) di dalam tab mandi, komen pelakon wanita itu,

Memang betul pelakon ganti digunakan. Banyak elemen yang dicampur semasa menjayakan babak ini.

cha jooyoung

Walaupun babak sebegini mungkin membebankan buat pelakon wanita namun Cha Joo-young menerimanya dengan hati terbuka bagi mengabadikan watak Choi Hye-jung sebaiknya.

Dalam babak ini, saya hanya boleh menayang badan bagi mengalahkan rakan lain. Jadi ianya merupakan satu ketika di mana orang lain akan mencemburuinya.

Selesai dah pertanyaan semua..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...