Ikuti Kami:

Konon Bantu Lakon Babak ‘Panas’, Netizen Korea Cari Info Pelakon Ganti Cha Jooyoung

Konon Bantu Lakon Babak ‘Panas’, Netizen Korea Cari Info Pelakon Ganti Cha Jooyoung

Sehingga kini, kebenaran di sebalik babak ‘panas’ yang dilakonkan oleh Cha Joo-young masih kekal misteri di mana ada yang mengatakan bahawa dia disunting menggunakan efek grafik (CG) dan ada pula menebak wanita itu menggunakan pelakon ganti.

Dalam bahagian terbaru ini, pelakon wanita itu yang membawa watak Choi Hye-jeong telah menayang bahagian atas badannya hingga menampakkan dada semasa dalam salah satu babak ketika dia bertengkar bersama Park Yeon-jin (Im Ji-yeon). Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut menyertai Jeon Jae-joon (Park Sung-hoon) di dalam jakuzi tanpa seurat benang pun dalam babak sebelum itu.

cha jooyoung lee doyeon

Namun ramai yang lebih mempercayai bahawa Cha Joo-young menggunakan pelakon ganti memandangkan terdapat nama Lee Do-yeon dipaparkan di bahagian kredit di bawah label ‘pelakon ganti Hye-jung’.

Menurut hasil kajian netizen, pelakon berkenaan berkemungkinan besar ialah seorang model dan mereka mengenalinya kerana mengikuti akaun Instagram miliknya.

Adakah dia Hye-jeong?

model cha jooyoung

Khabarnya, dia berusia 40-an dengan seorang anak masih bersekolah rendah. Wanita itu juga berdiri pada ketinggian 171cm dengan berat 49kg di mana saiz lilitan badannya ialah 34-25-35. Malah dari entri terbaru Lee Do-yeon, dia sepertinya sedang sibuk memohon ujian terbuka kini.

Macam-macam cerita lah…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...