Ikuti Kami:

Wang Syarikat Kena Curi & Semua Pekerja Berhenti, Kang Daniel Dilapor Akan Tutup Konnect Entertainment

Wang Syarikat Kena Curi & Semua Pekerja Berhenti, Kang Daniel Dilapor Akan Tutup Konnect Entertainment

Menurut media Korea, Konnect Entertainment kini sedang berada di dalam proses penutupan.

Kang Daniel, yang juga merupakan penyanyi serta pengasas agensi tersebut baru-baru ini telah menyaman pemegang-pemegang saham utama syarikat tersebut selepas penyanyi itu mendapati bahawa mereka telah melakukan penyelewengan.

Individu-individu tersebut turut memindahkan puluhan bilion won daripada akaun syarikat itu ke luar negara dengan menggunakan identiti Kang Daniel.

Bekas ahli WANNAONE itu kemudiannya telah membuat keputusan untuk menutup agensi tersebut dan berpisah dengan artis-artis naungannya. Malah, kesemua pekerja agensi tersebut juga telah dilaporkan berhenti dan meninggalkan syarikat itu.

kang-daniel

Sementara itu, Kang Daniel telah menubuhkan Konnect Entertainment pada Jun 2024. Syarikat itu kemudiannya telah menjadi syarikat naungan bagi beberapa bintang terkenal seperti Yuju bekas ahli GFRIEND, kumpulan tarian WDBZ dan CL 2NE1.

Kesiannya dekat Kang Daniel..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instiz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...