Netizen telah menyokong tindakan peminat NewJeans yang menghantar trak protes di hadapan bangunan HYBE.
Peminat NewJeans telah menghantar beberapa buah trak protes di hadapan bangunan HYBE Entertainment bermula dari 8 sehingga 10 Mei.
Pada trak tersebut, jelas tertulis beberapa mesej seperti, “Awak ingat seronok ke, Bang Si-hyuk? Bahagia?”, “Bang Si-hyuk sila berjaga-jaga! Jangan nak apa-apakan ADOR” dan banyak lagi.
Selepas gambar yang menunjukkan trak protes itu dimuat naik di media sosial, ianya telah mendapat perhatian ramai netizen di mana rata-rata mereka telah menyokong tindakan peminat NewJeans.
Komen netizen,
- Kalau HYBE tak nak sokong NewJeans, baik biar je ADOR yang uruskan.
- Saya setuju! HYBE tak tolong promosikan langsung kemunculan semula NewJeans.
- HYBE hanya gunakan NewJeans untuk permainan media.
- Saya bukan peminat tapi saya akan sentiasa sokong NewJeans dan Min Hee-jin!
- HYBE dipenuhi dengan orang-orang jahat.
- Habislah Bang Si-hyuk!
Korang rasa macam mana?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.