NewJeans telah dilantik untuk menggantikan BLACKPINK sebagai wajah baru Korea.
Baru-baru ini, NewJeans telah dilantik sebagai wajah baru Korea di Lapangan Terbang Incheon, sekaligus menggantikan BLACKPINK. Di mana, pada tahun 2017 BLACKPINK telah dilantik sebagai duta perhubungan awam untuk kastam utama Incheon.
Malah, gambar mereka juga turut dipaparkan di balai ketibaan lapangan terbang tersebut dan menjadikannya sebagai benda pertama yang akan dilihat oleh pelancong sejurus selepas mereka tiba di Korea. Rakaman video kumpulan itu juga dapat dilihat di sekitar lapangan terbang itu.
Selepas 7 tahun berlalu, NewJeans telah dilantik untuk menggantikan BLACKPINK sebagai duta baru lapangan tersebut. Gambar BLACKPINK yang dipaparkan juga telah diganti dengan gambar kumpulan itu.
Dalam masa yang sama, netizen turut meluahkan rasa teruja mereka selepas NewJeans didapati menunjukkan kebanggaan negara mereka dengan memakai hanbok yang juga merupakan pakaian tradisional Korea.
NewJeans are viewed as the highest honor of celebrities in South Korea; from being appointed as the PR Ambassadors of the city of Seoul to being the faces of Incheon Airport, the largest in the country.
not even two years into their career… this type of success is unheard of pic.twitter.com/QjH0mTTw8G
— nil (@newjiram) March 21, 2024
Antara komen peminat,
Cantiknya!
Generasi dah berubah.
Saya setuju NewJeans ganti BLACKPINK.
Tahniah NewJeans!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.