Tahniah buat NewJeans!
Dalam kalangan penyanyi Korea, NewJeans telah menjadi kumpulan pertama yang memenangi anugerah ”Group Of The Year” di Anugerah Billboard Wanita tahun 2024.
Agensi NewJeans iaitu ADOR telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemenangan kumpulan itu. Mereka berkata,
NewJeans telah mendapat anugerah ‘Group Of The Year’ di Anugerah Billboard Wanita yang diadakan di Los Angeles pada 6 Mac lalu.
Tambah mereka,
Anugerah ini kali terakhir telah diberikan pada 9 tahun yang lalu, iaitu kepada kumpulan Fifth Harmony.
Malah, penyampai anugerah di majlis itu turut memberikan pujian kepada NewJeans. Di mana, penyanyi yang dikenali sebagai Lainey Wilson itu telah berkata,
Kumpulan ini telah mengetuai gelombang baharu kumpulan wanita dalam industri K-Pop, yang telah sekian lama dikuasai oleh lelaki.
Terlebih dahulu, NewJeans telah melakukan kemunculan sulung mereka pada tahun 2022. Mereka kemudiannya telah meraih populariti yang luar biasa dan terus menguasai carta muzik serta memenangi pelbagai jenis anugerah di Korea
Terbaiklah NewJeans!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.