Ikuti Kami:

Walau Terima Kritikan, ‘Jirisan’ Capai Rating Lebih 10% Dalam 2 Episod Sahaja

Walau Terima Kritikan, ‘Jirisan’ Capai Rating Lebih 10% Dalam 2 Episod Sahaja

Gandingan Jun Ji-hyun dan Ju Ji-hoon memang membawa tuah kerana “Jirisan” terus meloncak ke hati ramai penonton selepas baru dua episod ditayangkan.

Pun begitu, drama berkenaan tanpa sengaja terpalit dengan kritikan dek efek grafik yang nampak ‘murah’ meskipun produksi menelan belanja sebanyak 30 bilion won (RM106.7 juta).

Meskipun dibanjiri kritikan lain seperti lakonan pelakon utama yang kurang meyakinkan dan pilihan runut bunyi yang tidak sesuai, “Jirisan” langsung tidak terhalang daripada mencipta rekod terbaik buatnya.

tvn jirisan

Baru sahaja ditayangkan, drama garapan Kim Eun-hee itu berjaya meraih rating dua digit iaitu 10.7% untuk episod keduanya. Sekaligus membuktikan ramai yang menyokong naskhah ini dan menyukai ceritanya.

Sekadar pengetahuan, “Jirisan” membawa kisah renjer hutan yang melakukan kerja menyelamat di pergunungan Jiri. Jun Ji-hyun membawa watak sebagai Seo Yi-kang iaitu renjer hebat yang mengetahui selok-belok Taman Negara Gunung Jiri. Manakala Ju Ji-hoon pula melakonkan watak Kang Hyun-jo iaitu lepasan akademi ketenteraan yang menyimpan rahsia tersembunyi dan menjadi renjer baru disamping Seo Yi-kang.

Korang best tak layan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...