Ikuti Kami:

“Nampak Macam Iklan..” – Meski Kos Berjuta, Suntingan Efek Grafik ‘Jirisan’ Dikritik

“Nampak Macam Iklan..” – Meski Kos Berjuta, Suntingan Efek Grafik ‘Jirisan’ Dikritik

Bermula dengan rating yang memberangsangkan, “Jirisan” walaubagaimanapun terpalit dengan sedikit kritikan semasa tayangan episod awalnya.

Dipromosikan dengan ‘keras’ oleh tvN selain turut dibarisi nama hebat seperti Jun Ji-hyun, Ju Ji-hoon, Oh Jung-se dan Sung Dong-il, ianya tanpa sengaja menjadi bualan netizen dek hal yang tidak sepatutnya.

Seperti yang anda tahu, “Jirisan” membawa kisah renjer hutan di pergunungan Jiri, jadinya mungkin agak sukar bagi pihak produksi untuk merakamkan babak di atas bukit-bukau. Jadinya, efek grafik menjadi pilihan alternatif bagi menggambarkan beberapa babak dalam drama itu.

tvn jirisan

Walaubagaimanapun, efek grafik yang disunting menggunakan ‘layar hijau’ nampak terlalu amatur dan langsung tidak realistik membuatkan ramai yang mengkritiknya sebagai iklan pakaian sukan.

Komen penonton:

Eun-bok, awak okay sahaja semasa mengarahkan ‘Sweet Home’, tapi kenapa…

 

Babak tersebut memang teruk sangat, LOL kenapa mereka macam itu.

 

Adakah ianya iklan untuk pakaian hiking?

 

Patutnya mereka panjat sahaja bukit yang rendah untuk merakamnya, kenapa babaknya seperti itu..

 

Teruknya babak tersebut.

 

Kenapa lakonan mereka seperti itu?

Malah pengarah filem “Beauty Inside” turut mengkritik babak berkenaan menerusi akan Instagramnya,

Episod pertama_ (Berdasarkan standard saya walaupun tak pasti) kalaulah sampai macam ini, mesti ada masalah pengarahan. ‘Jirisan’ pasti mempunyai penjelasan tersendiri tetapi menggunakan pelakon sebanyak itu dan membuatkan mereka nampak seperti tidak pandai berlakon, ianya adalah satu silap mata. #kalau ia memang disengajakan, saya minta maaf.

tvn jirisan

Sekadar pengetahuan, “Jirisan” membawa kisah renjer hutan yang melakukan kerja menyelamat di pergunungan Jiri. Jun Ji-hyun membawa watak sebagai Seo Yi-kang iaitu renjer hebat yang mengetahui selok-belok Taman Negara Gunung Jiri. Manakala Ju Ji-hoon pula melakonkan watak Kang Hyun-jo iaitu lepasan akademi ketenteraan yang menyimpan rahsia tersembunyi dan menjadi renjer baru disamping Seo Yi-kang.

Komen korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...