Ikuti Kami:

‘Jirisan’ Pecah Rekod Sebagai Rating Tertinggi Bagi Episod Pertama Drama Hujung Minggu Di tvN

‘Jirisan’ Pecah Rekod Sebagai Rating Tertinggi Bagi Episod Pertama Drama Hujung Minggu Di tvN

Baru sahaja ditayangkan namun “Jirisan” lakonan Jun Ji-hyun dan Ju Ji-hoon sudah pun mendapat perhatian daripada orang ramai selain mencipta rekod yang memberangsangkan.

“Jirisan” membawa kisah renjer hutan yang melakukan kerja menyelamat di pergunungan Jiri. Jun Ji-hyun bakal membawa watak sebagai Seo Yi-kang iaitu renjer hebat yang mengetahui selok-belok Taman Negara Gunung Jiri. Manakala Ju Ji-hoon pula akan melakonkan watak Kang Hyun-jo iaitu lepasan akademi ketenteraan yang menyimpan rahsia tersembunyi dan menjadi renjer baru disamping Seo Yi-kang.

Mengagumkan apabila episod pertama drama ini terus melonjak ke rating No 1 bagi slot tayangan berkenaan di seluruh saluran dengan catatan 9.1%.

tvn jirisan

Catatan berkenaan membolehkan drama itu menduduki tempat kedua rekod terbaik bagi drama tvN yang ditayangkan pada hujung minggu di mana catatan terbaik dipegang oleh “Hospital Palylist 2” dengan 10%. Malah ianya meraih rekod sebagai episod perdana dengan rating tertinggi bagi tvN dan mengalahkan “Mr. Sunshine” (8.9%) yang memegang rekod berkenaan sebelum ini.

Korang dah layan belum episod pertamanya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...