Ikuti Kami:

Wakili Negara, T.O.P BIGBANG Jadi Orang Korea Pertama Sertai Projek Ekspidisi Elon Musk Ke Bulan

Wakili Negara, T.O.P BIGBANG Jadi Orang Korea Pertama Sertai Projek Ekspidisi Elon Musk Ke Bulan

T.O.P BIGBANG akan naik ke bulan?

Terbaru, T.O.P BIGBANG telah disahkan bakal terlibat dengan sebahagian daripada dearMoon Project, yang mana ia merupakan projek pelancongan ke bulan daripada syarikat Elon Musk iaitu SpaceX.

Matlamat projek ini adalah untuk mencapai ekspidisi pertama ke bulan dengan beberapa orang awam yang berkelayakkan. Turut terlibat sama dalam projek ini adalah penyanyi rap T.O.P bersama 8 krew lain.top

Saya sangat terharu apabila turut terpilih untuk menjadi sebahagian daripada projek dearMoon Project. Sejak saya kecil, saya selalu berangan mengenai angkasa lepas dna juga bulan. Saya sangat menantikan perkembangan diri saya melalui projek ini dan saya amat menantikan pengalaman hebat dari projek ini.

Dia menambah,

Saya berasa bangga dan bertanggungjawab atas projek ini dengan menjadi orang Korea pertama yang pergi ke bulan dan mewakili negara saya. Saya berharap projek dearMoon dapat memberi inspirasi dan menanam harapan baru kepada ramai orang.

Saya mahu mereka semua merasa seperti sesiapa sahaja boleh mempunyai impian besar.

Projek dearMoon ialah projek hebat yang bermula dengan seorang usahawan Jepun dan seorang jutawan, Yusaku Maezawa, yang juga seorang pengusaha besar bagi pusat membeli belah dalam talian terbesar di Jepun. Projek itu juga bakal menggunakan kapal angkasa yang dibangunkan sendiri oleh SpaceX.

Selain daripada T.O.P, antara krew lain yang terlibat adalah DJ dan penerbit Steve Aoki, jurugambar Rhiannon Adam, jurugambar dan pembikin filem Karim Iliya, koreografer Yemi A.D, pemuzik Tim Dodd dan juga pelakon Dev Joshi.

Tahniah T.O.P kerana terpilih untuk menjadi sebahagian daripad projek bersejarah ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...