Ikuti Kami:

“Abang Terbaik” – Kenal Dari Filem ‘Tazza’, T.O.P BIGBANG & Lee Donghwi Papar Hubungan Rapat

“Abang Terbaik” – Kenal Dari Filem ‘Tazza’, T.O.P BIGBANG & Lee Donghwi Papar Hubungan Rapat

Meskipun sudah lama bekerjasama untuk sebuah filem pada 2014 namun, persahabatan T.O.P BIGBANG bersama Lee Dong-hwi nampaknya masih akrab.

Terbaru pada 11 September, T.O.P telah berkongsi di Instagram Story satu fotonya bersama dengan Lee Dong-hwi.

Bergambar bersama dengan ‘abang’ kesayangannya itu, T.O.P turut menulis kapsyen ‘sweet’,

Hyung saya juga yang terbaik.

lee donghwi t.o.p

Dalam gambar yang dikongsi, T.O.P dan Lee Dong-hwi dilihat sedang duduk bersebelahan berlatar belakangkan Han River.

Bagi yang belum tahu, T.O.P dan Lee Dong-hwi pernah sama-sama membintangi filem “Tazza: The Hidden Card” pada 2014, yang mengikuti kisah Ham Dae-gil dalam dunia perjudian. Untuk membalas dendam atas satu sebab, dia memasuki perlawanan terakhir yang boleh membawa maut kepada yang kalah.

Korang pernah tonton tak filem ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...