Ikuti Kami:

Wajib Tonton! Ini Antara 8 Dokumentari Menarik Korea Berdasarkan Kisah Benar

Wajib Tonton! Ini Antara 8 Dokumentari Menarik Korea Berdasarkan Kisah Benar

Jika korang adalah peminat K-Drama, apa kata cuba tonton dokumentari yang berdasarkan kisah benar ini.

Ini antara 8 dokumentari yang korang boleh tonton nanti.

Arirang 

Dalam dokumentari ini, pengarah Kim Ki-duk meneroka episod kemurungan dilaluinya yang disebabkan oleh satu insiden semasa dia menjalani penggambaran filem “Dream”.

Two Doors

“Two Doors” mengisahkan tentang bencana Yongsan 2009 yang telah meragut nyawa lima penunjuk perasaan dan seorang anggota polis. Insiden ini berlarutan sehingga berlaku pelbagai kekacauan antara dua pihak termasuklah mahkamah.

My Love, Don’t Cross That River 

“My Love, Dont Cross The River” diterajui oleh Jin Mo-young iaitu pasangan warga emas yang telah berkahwin selama 76 tahun. Dokumentari ini menceritakan tentang hari-hari terakhir mereka bersama.

The Drop Box  

“The Drop Box” ialah satu dokumentari yang menceritakan satu kisah benar tentang paderi Korea Selatan, Lee Jong-rak berusaha untuk melindungi kanak-kanak terbiar. Paderi ini sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga mereka yang dibuang atau tiada keluarga.

In The Absence 

Pengarah dokumentari ini Yi Seung-jun, memperincikan tenggelamnya kapal MV Sewol pada 2014 yang meragut 300 nyawa di mana majoritinya pelajar dari Sekolah Tinggi Danwon. Dokumentari ini menggunakan pelbagai klip video dan juga interaksi daripada pelbagai media untuk menggambarkan peristiwa tersebut.

Forget Me Not

Dokumentari ini mengisahkan tentang tiga wanita hamil yang tinggal di ‘Aeshuwon’ di pulau Jeju. Ia menggambarkan penderitaan tiga wanita ini memikirkan sama ada untuk menjaga anak mereka sendiri atau memberi anak-anak kepada orang lain. Pengaruh daripada masyarakat pada ketika sangat kuat sehingga mereka keliru untuk membuat keputusan.

Cyber Hell: Exposing An Internet Horror

Group chat dalam talian yang tidak beretika telah digunakan secara meluas untuk melakukan jenayah seks di Korea. Dokumentari “Cyber Hell” ini menceritakan usaha sepasukan pegawai polis siber bekerjasama untuk menangani pemerasan dan perdagangan seks siber.

In The Name Of God: A Holy Betrayal

Dokumentari ini meneliti kisah benar menyeramkan antara empat pemimpin Korea yang mendakwa sebagai nabi serta mendedahkan sisi gelap kepercayaan agama yang tidak dipersoalkan.

Banyak info menarik tau kalau tengok semua dokumentari ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...