Ikuti Kami:

Dari Romantik Ke Thriller, Ini 7 Naskhah Korea Digarap Daripada Kisah Sebenar

Dari Romantik Ke Thriller, Ini 7 Naskhah Korea Digarap Daripada Kisah Sebenar

Ramai tahu bahawa artis yang membawa watak dalam filem atau drama memainkan peranan penting untuk menarik perhatian penonton. Walau bagaimanapun, filem atau drama yang diinspirasikan daripada kisah nyata juga dapat menaikkan rating karya tersebut.

Jom! KimchiDaily nak kongsikan filem dan drama yang hangat berdasarkan kisah benar. 

1. Hope (2013) 

Filem arahan Lee Joon-ik ini berjaya membuat penonton menangis teresak-esak. “Hope” merupakan filem diadaptasi daripada kisah benar di mana seorang budak yang berusia 8 tahun, Na-young, dirogol oleh lelaki berusia 57 tahun di mana dia dipercayai mabuk di sebuah tandas gereja. Filem ini amat menyentuh hati ramai orang kerana apa yang dilalui oleh kanak-kanak perempuan itu sangat kejam. 

Trauma dan kemurungan yang dihadapi disebabkan insiden itu, pada 2020, bapa Na-young menerangkan bahawa anaknya hanya menonton hiburan kartun dan tidak menonton sebarang siaran berita untuk mengelak daripada terlihat berita serangan seksual. 

2. Reply 1988 (2015)

Kepada yang tidak tahu watak dan kisah Choi Taek yang dibawa oleh Park Bo-gum dalam cerita “Reply 1988” ini berasaskan daripada kisah benar. Ia telah diilhamkan oleh pemain Baduk yang memenangi anugerah ‘real-life’, Lee Chang-ho. Drama itu menerima pujian daripada penonton dan pengkritik kerana plotnya yang realistik serta watak-watak yang ada berjaya dihidupkan oleh pelakon-pelakon hebat.

3. Fight For My Way (2017)

Tahukah anda keseluruhan drama “Fight For My Way” adalah berdasarkan kisah sebenar pelawan MMA Choo Sung-hoon dan isterinya, Yano Shiho. Bagi melakonkan watak itu, drama ini dilakonkan oleh Park Seo-jun dan Kim Ji-won sebagai watak utama. Penulis skrip iaitu Lim Sang-chun mendedahkan bahawa dia berasa terinspirasi dengan kisah hidup pasangan suami isteri itu. 

Walaupun watak-watak itu melalui kesukaran yang tidak terkira banyaknya, mereka akhirnya mencapai pengakhiran yang bahagia. Jadi, tidak hairanlah mengapa “Fight for My Way” ialah K-Drama klasik terbaik dengan pengakhiran yang menggembirakan.

4. Crash Landing On You (2019) 

Penulis drama ini, Park Ji-eun, mendedahkan plot rancangan itu berdasarkan insiden pada 2008 yang melibatkan pelakon wanita Jung-yang, menaiki bot feri riadah di Incheon. Keseluruhan kejadian itu memberi inspirasi kepada Park Ji-eun untuk menulis plot sebenar “Crash Landing On You”.

5. Move to Heaven (2021)

Drama yang diterbitkan pada tahun 2021 ini diadaptasi daripada sebuah buku bukan fiksyen hasil karya Kim Sae-byul bertajuk “Things Left behind”. Jalan cerita ini memaparkan seorang bekas banduan yang dilakonkan oleh Lee Je-hoon mula menjaga anak saudaranya, lakonan Tang Jun-sang dengan gangguan sindrom Asperger selepas dibebaskan dari penjara. Secara umum, kedua-duanya berdasarkan kisah benar di mana seorang pembersih trauma yang menghidap sindrom Asperger dan penjaganya juga terpaksa mengikut bekerja bersama. Selain bekerja sebagai pembersih trauma, mereka berdua dapat menyelami kisah yang terselindung di sebalik barangan tinggalan si mati.

6. Silenced (2011)

Film silenced gong yoo

Sangat mengerikan, jalan cerita “Silenced” adalah berdasarkan peristiwa sebenar. Filem ini adalah adaptasi daripada novel terlaris pada tahun 2009 karya Gong Ji-young “The Crucible” yang mendedahkan aktiviti penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Apa yang lagi menarik penderaan ini dilakukan di Sekolah Gwangju Inhwa iaitu sekolah pendidikan khas untuk orang cacat pendengaran. Pengarah filem ini, Hwang Dong-hyeok, berkata bahawa dia ingin memberi kesedaran bahawa perkara buruk masih lagi berlaku dalam masyarakat walaupun dunia semakin berkembang pesat.

Untuk makluman, watak guru yang dimainkan oleh Gong Yoo juga mendapat perhatian ramai kerana dia berjaya memegang watak sebagai guru yang prihatin selain berjaya belajar bahasa isyarat untuk berkomunikasi.

7. The Drug King (2018)

“The Drug King” adalah berdasarkan kisah benar seorang penyeludup yang bertukar menjadi tokan dadah pada tahun 1970-an di Korea Selatan. Filem arahan Woo Mon-ho mengisahkan perjalanan lelaki yang dikenali sebagai “The Drug King” mengejar kuasa dan kekayaan di mana pada akhirnya membawa kepada kejatuhan diri sendiri. Kisah raja dadah ini digarap seakan sama dengan kisah ketua kartel dadah Columbia iaitu Pablo Escobar.

Filem hebat ini menampilkan barisan pelakon terkenal daripada beberapa filem di Korea seperti “Parasite” Song Kang-ho, pelakon “Hospital Playlist” Jo Jung-suk dan pelakon “Kingdom” Bae Doo-na.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...