Ikuti Kami:

Kim Seonho & Park Gyuyoung Dilamar Terajui Drama Misteri ‘Dead Person’

Kim Seonho & Park Gyuyoung Dilamar Terajui Drama Misteri ‘Dead Person’

Adakah Kim Seon-ho bakal muncul dalam sebuah drama baru tak lama lagi?

Menurut laporan media, pelakon lelaki itu bakal menerajui drama web bertajuk “Dead Person” yang membawa kisah seorang kakak yang tidak mempercayai kematian adiknya dan mula berkenalan dengan seorang lelaki misteri semasa sedang membongkar kebenaran di sebalik kejadian itu.

Khabarnya, teraju utamanya akan dilakonkan oleh Kim Seon-ho dan ianya akan disiarkan di platform OTT sebagai drama dengan 6 episod.

kim seonho

Respon agensi lelaki itu,

Kim Seon-ho sedang meneliti dengan positif untuk muncul dalam ‘Dead Person.

Dalam pada itu, agensi Park Gyu-young turut mengesahkan bahawa pelakon wanita tersebut sedang meneliti untuk menerajui drama ini.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...