Ikuti Kami:

WAJIB Tonton! Ini Antara 7 K-Filem Genre Seram Bikin Penonton Tak Senang Duduk

WAJIB Tonton! Ini Antara 7 K-Filem Genre Seram Bikin Penonton Tak Senang Duduk

Tidak boleh dinafikan K-Drama sangat popular di seluruh dunia kerana plotnya yang begitu menarik

Namun, selain daripada cerita-cerita romantik, pengarah Korea juga ada menghasilkan filem seram yang mendebarkan serta boleh buat penonton tidak senang duduk.

A Tale of Two Sister

cerita horror seram korea

“A Tale of Two Sister” meceritakan kehidupan adik beradik, Soo-mi dan Su-yeon pulang dari hospital mental hanya untuk menghadapi gangguan oleh ibu tiri mereka yang kejam. Apa yang telah menambah kesengsaraan mereka adalah hantu. Di mana ia menghantui mereka untuk membalas dendam dan tidak lama kemudian, kebenaran mengejutkan berkaitan keluarga mereka mula terbongkar satu per satu.

The Evil Twin

cerita horror seram korea

Adik-beradik kembar Park So-yeon dan Park Hyo-jin jatuh ke dalam kawasan perairan yang dalam tetapi hanya Park So-yeon sahaja dapat diselamatkan.Park So-yeon koma selama 10 tahun dan apabila dia sedar, dia mendapati banyak rahsia yang mengerikan tentang keluarganya. Di mana semua rahsia itu ditunjukkan semasa dia koma.

Death Bell

cerita horror seram korea

Sekumpulan pelajar bersama-sama dengan ketua mereka, Min Hae-yeong mendapati diri mereka terperangkap di dalam bilik darjah. Suara dari monitor diletakkan di dalam kelas untuk mengumumkan bahawa jika mereka tidak dapat menyelesaikan peperiksaan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan, semua orang di dalam akan mati. Adakah pelajar mampu mengalahkan maut dengan kepintaran mereka?

The Wailing

cerita horror seram korea

Filem ini mengisahkan tentang sebuah kampung terkena penyakit pelik selepas kedatangan seorang lelaki Jepun yang tidak dikenali. Anggota polis Jong-goo mendapati dirinya terjerat dalam kes itu selepas berjanji dengan penduduk kampung untuk menyelesaikan misteri di sebalik wabak itu.

Gonjiam: Haunted Asylum 

cerita horror seram korea

Ianya menjadi seram apabila penerbit rancangan seram pergi ke bangunan terbiar yang terkenal dengan aktiviti paranormal. Pasukan itu menjangkakan akan mendapat pulangan yang lumayan jika mereka menyiarkan kejadian secara langsung. Disebabkan ada beberapa aktiviti paranormal mereka gagal sebelum ini, mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Namun, segala yang dirancang tidak menjadi dan ada sesuatu yang buruk telah menimpa mereka.

The Call

filem seram korea

“The Call” berkisarkan tentang seorang wanita bernama Seo-yeon melawat rumah lamanya dan bercakap melalui telefon dengan seorang wanita bernama Young-sook. Young-sook telah mendakwa bahawa dirinya diseksa dan meminta pertolongan daripadanya. Namun misteri jadi semakin mendalam apabila Seo-yon mendapati bahawa panggilan datang dari rumah yang sama, tetapi 20 tahun yang lalu.

The Closet

cerita horror seram korea

Kisah seram “The Closet” bermulaa apabila seorang arkitek bernama Sang-won berasa sangat tertekan selepas kematian isterinya. Lagi meyedihkan dia juga kehilangan anak satu-satunya anak perempuan kesayangan iaitu Yi-na. Namun, keadaan berubah menjadi menyeramkan apabila dia diberitahu untuk mencari anak perempuannya di dalam almari oleh seorang lelaki misteri.

Jangan tonton sorang-sorang tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...