Ikuti Kami:

“Lagi Popular Dari Original” – Setanding Karya Asal, Ini 5 K-Drama Adaptasi WAJIB Ditonton

“Lagi Popular Dari Original” – Setanding Karya Asal, Ini 5 K-Drama Adaptasi WAJIB Ditonton

Umum mengetahui bahawa K-Drama sangat berkualiti tinggi sehinggakan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan beberapa K-Drama yang diadaptasi daripada drama luar tetapi, menjadi lebih popular.

Boys Over Flower 

Siri ini asalnya diambil daripada drama Taiwan iaitu “Meteor Garden”, yang juga merupakan adaptasi daripada komik Jepun berjudul, “Hana Yori Dango”. Dek kerana siri yang diterajui Lee Min-ho ini lah, populariti K-Drama melonjak naik ke seluruh dunia.

“Boys Over Flower” mengisahkan tentang Geum Jan-di, seorang pekerja yang mendapat biasiswa untuk menghadiri sekolah berprestij untuk golongan elit. Semasa hari pertamanya, Geum Jan-di bergaduh dengan Gu Jun-pyo iaitu ketua yang terkenal di sekolah itu. Dia berusaha keras untuk membuat masanya di sekolah sengsara tetapi dia membuktikan ketabahannya setiap kali sehingga kebencian antara mereka mula berubah menjadi sesuatu yang lain.

Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

Sebelum drama ini ditayangkan, pengarah di China telah mengeluarkan “Scarlet Heart” terlebih dahulu yang diadaptasi daripada novel “Bu Bu Jing Xin”. Pengalaman hampir mati membawa Go Ha-jin kembali ke zaman Dinasti Goryeo dalam tubuh Hae-soo. Dia terjerat dalam politik istana, yang akhirnya membawa hatinya kepada putera ke-4.

The World Of The Married

“The World of the Married” ialah salah satu K-Drama dengan kedudukan tertinggi dalam sejarah Korea, malah mengatasi drama popular seperti “Sky Castle”. Berdasarkan siri TV “British Doctor Foster”, “The World of the Married” mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang melakukan pengkhianatan sehinggakan membawa kepada banyak dendam dan kesedihan.

Siri ini mendapat sambutan baik walaupun dikritik kerana adanya adegan seks dan keganasan. Namun ia menerima pujian yang menggunung dengan Mo Wan-il memenangi Pengarah Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke-56.

Criminal Minds

“Criminal Minds” telah wujud sejak tahun 2005. Dengan lebih daripada 300 episod sepanjang 16 musim, ia merupakan langkah bijak bagi Korea Selatan untuk menghasilkan pembuatan semula pada tahun 2017. K-Drama ini, sama seperti siri Inggeris asal, berkisar tentang pasukan penyiasat yang menganalisis psikologi penjenayah untuk menjangka tindakan seterusnya. “Criminal Minds” memenangi Anugerah Asia Artist Fabulous dan memperoleh Anugerah Tahunan Soompi ke-13 untuk Pelakon Terbaik melalui Lee Joon-gi.

18 Again

“18 Again” berdasarkan filem dilakonkan oleh Zac Efron “17 Again”, K-Dama ini berkisar tentang keluarga Hong yang bermasalah. Apabila Hong Dae-young mempunyai peluang untuk kembali ke masa lalu, dia merebutnya dan berakhir dalam tubuhnya yang berusia 18 tahun tetapi masih mempunyai mentaliti berusia 37 tahun.

Ini membolehkan dia menyelamatkan keluarga dan ikatan dengan anak-anaknya sebelum dia kehilangan mereka buat selama-lamanya. Siri ini memenangi kedua-dua Anugerah Bintang APAN dan Anugerah Seni Baeksang apabila Lee Do-hyun merangkul Anugerah Pelakon Baharu Terbaik.

Korang wajib tonton semua drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...