Ikuti Kami:

WAJIB Tonton! Ini 7 K-Drama Tema Perundangan Punyai Pelbagai Plot Menarik

WAJIB Tonton! Ini 7 K-Drama Tema Perundangan Punyai Pelbagai Plot Menarik

K-Drama perundangan banyak digabungkan dengan genre berbeza untuk memberikan cerita yang mendebarkan kepada penonton.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 K-Drama tema undang-undang Korea, untuk korang tonton masa cuti.

Law School

K-Drama ini membawa penonton menyelongkar kebenaran disebalik kes pembunuhan seorang profesor di fakulti perundangan. Disebabkan oleh tragedi itu, pengajar dan pelajar di fakulti itu telah menjadi suspek utama sebagai dalang pembunuhan tersebut. Naskhah ini telah menonjolkan setiap watak yang cuba menggunakan undang-undang dan keadilan dalam mencari pembunuh sebenar.

Witch At Court

“Witch At Court” menceritakan tentang seorang pendakwa raya keras kepala dan bekas ahli psikiatri kanak-kanak bergabung tenaga, bagi menyelesaikan isu jenayah terhadap wanita dan kanak-kanak.

Why Her?

“Why Her?” ialah sebuah K-Drama menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan mencapai kejayaan dengan cara yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai diri sendiri.

Untuk pengetahuan korang, drama ini telah mendapat rating tinggi dengan 10.7%.

May It Please The Court

“May It Please The Court” ialah sebuah drama perundangan misteri yang mengikuti kisah Noh Chak-hee, seorang peguam yang menyerang siapa sahaja untuk memenangi kes. Serta Jwa Si-baek pula, merupakan seorang peguam pelik yang tak akan berputus asa apabila dia mahukan sesuatu. Sudah takdir, mereka bersama berusaha menyelongkar kebenaran di sebalik sebuah kes misteri yang berlaku.

Stranger

“Stranger” membawa kisah dua watak berbeza iaitu pendakwa raya dan detektif yang berusaha keras untuk menyelesaikan kes jenayah. K-Drama ini mempunyai dua musim. Pada musim pertama, “Stranger” mengikuti kisah pendakwa raya dan leftenan menentang sebuah konglomerat semasa menyiasat rasuah. Manakala untuk musim kedua pula, ia berkisarkan tentang konflik antara pejabat pendakwa dan agensi polis.

Divorce Attorney Shin

“Divorce Attorney Shin” mengisahkan tentang Shin Sung-han, seorang artis bertukar menjadi peguam yang sangat sensitif ketika menangani kes perceraian. Lelaki itu menyimpan satu trauma yang mendalam dan sepertinya ia telah memberikan impak besar pada kehidupan sehariannya. Dia sentiasa menyusun barangan dalam keadaan yang sama dan teratur selain hanya menerima kes penceraian sahaja.

Extraordinary Attorney Woo

Drama ini membawa kisah seorang peguam wanita yang menghidap autisme. Peguam ini bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes yang mencabar, selain melawan prejudis terhadap orang kelainan upaya.

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...