Ikuti Kami:

Plot Dikekalkan, Mesti Tonton 5 Cerita Melayu Ini Diadaptasi Daripada K-Drama

Plot Dikekalkan, Mesti Tonton 5 Cerita Melayu Ini Diadaptasi Daripada K-Drama

Kalau ada yang tidak tahu, sebenarnya ada beberapa K-Drama yang telah diadaptasikan kepada cerita melayu.

Ada antaranya merupakan drama yang sangat popular jadi, kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 cerita melayu itu untuk korang tonton nanti.

She Was Pretty

kdrama diadaptasi ke cerita melayu

Sama seperti siri popular Korea, tajuk “She Was Pretty” dikekalkan. Drama ini telah ditayangkan pada 18 Jun 2022 di aplikasi Viu dan telah mendapat sokongan baik daripada penonton. Kisah cerita ini sama sahaja seperti K-Drama asal, serta hasil gabungan mantap Aiman Hakim Ridza dan Diana Danielle juga telah banyak membantu menjayakan drama ini.

Black 

kdrama diadaptasi ke cerita melayu

Sama seperti “She Was Pretty”, “Black” juga diadaptasi daripada siri drama Korea dan tajuk juga dikekalkan. Ia mula ditayangkan pada 17 Disember 2019 di Viu serta dibintangi oleh Siti Saleha dan Kamal Adli. Selain itu, ada juga pelakon sampingan yang tidak kurang hebatnya iaitu Nabila Huda dan Khir Rahman.

Alamatnya Cinta

kdrama diadaptasi ke cerita melayu

Korang pernah tak tonton K-Drama “Full House”. Drama ini sangat popular pada satu ketika dahulu dan pengarah Malaysia mendapat ilham untuk adaptasinya menjadi drama “Alamatnya Cinta”. Watak utama yang dibawa oleh Hannah Delisha dan Hisham Hamid telah menggamit kenangan indah yang digambarkan di dalam drama “Full House”. Drama “Alamatnya Cinta” mula ditayangkan pada 20 Ogos 2018 dalam slot Megadrama di Astro Ria.

Monalisa

kdrama diadaptasi ke cerita melayu

Drama ini agak panjang kerana mempunyai 80 episod secara keseluruhan. Ia diadaptasi dari K-Drama “Two Women’s Room”, di mana plotnya boleh membuatkan emosi penonton naik turun. Ekspresi yang ditunjukkan pelakon, Zara Zya, Mona Allen dan Nazim Othman sangat menjadi sehinggakan cerita ini ditunggu-tunggu oleh penonton setiap kali waktu siarannya.

My Coffee Prince

kdrama diadaptasi ke cerita melayu

Bagi gadis yang meminati K-Drama, korang mesti pernah tonton “The 1st Shop of Coffee Prince” kan? Gong Yoo pada ketika itu sangat kacak dan ramai meminatinya. 10 tahun selepas tayangan drama ini, ia diadaptasikan ke drama melayu diberi tajuk “My Cofee Prince”. Watak utama untuk drama ini ialah Fattah Amin yang pada masa itu menjadi kegilaan remaja di Malaysia.

Wah setanding dengan K-Drama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...