Utama Tempatan Percuma Je! Lee Seunggi Kembali Menemui Peminat Di Kuala Lumpur November Ini

Percuma Je! Lee Seunggi Kembali Menemui Peminat Di Kuala Lumpur November Ini

onederful day with lee seunggi

Nampaknya, Lee Seung-gi akan sekali lagi menemui peminat di Malaysia pada tahun ini!

Terbaru, One TV Asia telah mengumumkan bahawa Lee Seung-gi akan ‘terbang’ dari Korea ke Malaysia, untuk menghadiri acara “ONEderful Day with Lee Seunggi” yang bakal diadakan pada 4 November ini jam 5 petang, di pusat beli-belah MyTOWN, Kuala Lumpur.

Dalam video yang dikongsi, pelakon lelaki itu menyapa peminat,

AIRENs (nama kelad peminat) Malaysia yang dikasihi, saya sangat teruja dan gembira dapat bertemu dengan awak sekali lagi dengan cepat, selepas konsert pada bulan Jun. Jom jumpa di sana. Jumpa nanti!

Untuk pengetahuan, penganjur juga berkongsi bahawa ini adalah acara terbuka dan boleh disertai oleh semua orang secara percuma.

Jangan lupa pergi tau korang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...