Ikuti Kami:

“Bukan ‘Level’ Saya..” – Lee Seunggi Dikritik ‘Kekwat’ Dek Enggan Tinggal Di Hotel Anjuran Staf

“Bukan ‘Level’ Saya..” – Lee Seunggi Dikritik ‘Kekwat’ Dek Enggan Tinggal Di Hotel Anjuran Staf

Baru-baru ini, Lee Seung-gi telah dikritik sebagai artis ‘kekwat’ tapi kenapa?

Pada 30 Ogos, Lee Seung-gi telah mengadakan konsert jelajahnya di Atlanta, Georgia. Bagaimanapun, sikapnya yang dianggap sombong telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Menurut laporan, lelaki itu telah dijadualkan untuk melawat beberapa restoran di Koreatown yang menaja konsert jelajahnya namun dia tiba-tiba membatalkan lawatannya pada hari kejadian.

Selain itu, Lee Seung-gi juga enggan menginap di hotel yang ditempah oleh syarikat, mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk ‘tahapnya’.

Kongsi laporan,

Lee Seung-gi tiba di hotel yang kami tempah untuknya tetapi sebaik dia tiba, dia memandu pergi ke hotel lain tanpa turun dari keretanya dan tanpa sebarang penjelasan. Kemudian, kami dimaklumkan bahawa dia pergi kerana hotel itu tidak sesuai dengan tarafnya.

lee seunggi

Dengan ini, kelakuan Lee Seung-gi itu telah membuatkan ramai bengang kerana ia bukan sahaja hotel yang cukup bagus tetapi dia juga sedang bekerja, bukannya bercuti sendiri di mana dia boleh memilih untuk menginap di hotel mewah.

Tambahan, tindakannya untuk menukar keputusan di saat akhir juga telah dianggap sebagai tidak sopan dan tidak menghormati layanan tuan rumah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...