Ikuti Kami:

Wajib Tonton! 7 K-Drama Komedi Ini Boleh Buat Korang Gelak Hingga Menitis Air Mata

Wajib Tonton! 7 K-Drama Komedi Ini Boleh Buat Korang Gelak Hingga Menitis Air Mata

Naskhah Korea jarang mengecewakan penonton.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 7 K-Drama yang kelakar untuk korang tonton bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Welcome To Waikiki

Drama ini mengisahkan tentang 3 lelaki dan 3 perempuan tinggal di rumah yang sama serta menjalani kehidupan harian sebagai housemate. Di samping itu, mereka semua sibuk mengejar impian masing-masing. Banyak insiden yang kelakar dan ‘gila’ tetapi ada juga masalah yang berlaku.

Disebabkan ia terlampau popular, pihak produksi telah menghasilkan musim kedua dengan pelakon yang berbeza namun tetap mengekalkan elemen komedi yang sama.

The Sound Of Your Heart

Drama “The Sound Of Your Heart” diadaptasi daripada webtoon dengan tajuk yang sama di mana ia membawa kisah seorang pelukis webtoon, keluarganya yang unik dan kekasihnya. Lee Kwang-soo ternyata berjaya membawa watak kelakar tersebut sehingga membantu pelakon lain turut bersinar. Drama komedi keluarga ini pasti membuatkan korang gelak sakan dek perangai setiap seorang daripada mereka yang pelik.

Reply 1988

“Reply 1988” mempunyai plot yang sangat menarik pada setiap episod. Ia menceritakan kisah kawan zaman kanak-kanak di mana, hubungan itu menjadi semakin erat apabila mereka semakin dewasa. Kawan baik ini sentiasa ada untuk satu sama lain dan tahu cara memberi keselesaan antara satu sama lain. Apa yang lagi seronok, ada di antara mereka mempunyai perasaan lebih sekadar kawan tetapi tidak berani untuk meluahkan perasaan tersebut.

Fight For My Way

“Fight For My Way” ialah drama persahabatan komedi yang berkembang menjadi hubungan romantis. Ko Dong-man merupakan bekas atlit taekwondo yang hebat manakala, Choi Ae-ra hanyalah seorang penyambut tetamu. Mereka berdua adalah kawan baik tetapi tidak dapat bertahan dengan perangai satu sama lain. Selain itu, mereka sentiasa kelihatan kelam kabut bersama dan akan bertekak setiap kali berjumpa.

Weightlifting Fairy Kim Bokjoo

Drama ini membawa penonton menelusuri kehidupan para pelajar daripada pelbagai latar belakang di kolej sukan. Perangai ‘gila-gila’ watak perempuan utama dan sikap ‘satu dalam seribu’ si lelaki telah bergabung dan menghasilkan drama yang menghiburkan. Kombinasi antara dua watak ini telah mencipta fenomena dalam kalangan peminat drama Korea sehinggakan “Weightlifting Fairy Kim Bok-joo” menjadi drama Korea pertama yang mempunyai jumlah penonton agak tinggi.

Strong Girl Do Bongsoon

Drama komedi romantik ini sangat disukai ramai! Kecomelan Do Bong-soon malahan ‘keganasannya’ telah berjaya memikat hati bukan sahaja Ahn Min-hyuk bahkan juga penonton. Do Bong-soon, seorang wanita yang dilahirkan dengan kuasa luar biasa. Disebabkan oleh kekuatannya, dia telah ditugaskan untuk mengawal si kaya, CEO Ahn Min-hyuk. Daripada situ, cinta di antara mereka mula berputik.

Love To Hate You 

K-Drama ini ialah sebuah drama komedi romantik mengenai wanita yang tidak mahu kalah dengan lelaki, digabungkan pula dengan seorang lelaki yang sentiasa meragui wanita. Mereka kemudiannya asyik bergaduh sebelum mula mempunyai perasaan antara satu sama lain. Apa yang lagi menarik, “Love To Hate You” menduduki tangga ke-4 dalam ranking global Netflix selepas empat hari ditayangkan.

Memang kelakar semua K-Drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...