Ikuti Kami:

Dari Romantik Ke Thriller, 8 K-Drama Ini Bakal Temui Penonton Pada Disember Nanti

Dari Romantik Ke Thriller, 8 K-Drama Ini Bakal Temui Penonton Pada Disember Nanti

Bulan baru K-Drama baru!

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 8 drama Korea menarik yang bakal ditayangkan pada Disember 2023 ini.

Sweet Home 2

“Sweet Home 2” memaparkan kisah dunia yang lebih meluas serta aksi mendebarkan yang dibawa oleh pelbagai jenis watak. Segalanya bermula di mana, penduduk yang berjaya keluar dari rumah hijau terpaksa menghadapi cabaran baru serta hidup di dalam ketakutan di sebuah stadium yang dikhaskan untuk membanteras kemunculan raksasa.

Daripada musim pertama, penonton pasti tertanya-tanya mengenai siapa raksasa sebenar, macam mana rupa raksasa yang bakal muncul dan adakah mereka berjaya mengawal dunia. Tambahan pula dengan beberapa pelakon baru yang akan turut sertai musim kedua ini antaranya adalah Oh Jung-se, Kim Moo-yul, Yu Oh-seong dan Jin-young.

Tarikh tayangan: 1 Disember 2023, Netflix

Welcome To Samdalri 

Dalam komedi romantik ini, Ji Chang-wook dan Shin Hae-sun memainkan watak kawan zaman kanak-kanak yang membesar bersama di daerah Samdalri di Pulau Jeju. Selepas berpisah dan berjauhan, mereka bersatu semula di kampung halaman dan memulakan percintaan. Drama ini sangat sesuai untuk korang yang suka dengan kisah cinta romantik tetapi mempunyai plot bikin sakit hati dan manis.

Tarikh tayangan: 2 Disember, Netflix

Night Has Come

Dalam filem ngeri seram “Night Has Come”, sekolah menengah menjadi mimpi ngeri sebenar bagi kelas pelajar yang tidak bernasib baik. Lawatan lapangan bertukar menjadi permainan maut mafia yang memaksa mereka bekerjasama untuk terus hidup. Ianya dilakonkan oleh pelakon hebat seperti  Lee Jae-in, Kim Woo-seok, Choi Ye-bin, Cha Woo-min, Ahn Ji-ho dan Jeong So-ri.

Tarikh tayangan: 4 Disember, Viki

Soundtrack 2

Drama ini bakal menemui penonton dengan peneraju baharu iaitu Keum Sae-rok dan Noh Sang-hyun. Ia juga akan memaparkan kisah percintaan baharu daripada “Soundtrack 1”. Selepas percintaan kolej mereka berakhir kerana kesukaran kehidupan sebagai siswazah, mereka bersatu semula bertahun-tahun kemudian.

Tarikh tayangan: 6 Disember, Disney+ Hotstar

Maestra: Strings of Truth

K-Drama misteri ini diilhamkan oleh siri TV Perancis “Philharmonia”. Pelakon Lee Young-ae melakonkan watak konduktor rahsia yang mencari kebenaran di sebalik peristiwa misteri yang mengelilingi pasukan orkestranya.

Tarikh tayangan: 9 Disember, TVN

Death’s Game

Drama ini merupakan adaptasi daripada Webtoon yang diterajui oleh Seo In-guk dan Park So-dam. Kisah “Death’s Game” bermula apabila selepas tujuh tahun gagal mendapatkan pekerjaan, seorang lelaki bertindak membunuh diri untuk menamatkan penderitaannya. Sebaliknya, dia bertemu dengan ‘kematian’ serta diberi hukuman mati dua belas kali lagi untuk mengelakkan pergi ke ‘neraka’.

Tarikh tayangan: 15 Disember, TVING

Like Flower In Sand

kdrama bakal tayang disember 2023

“Like Flower In Sand” mengisahkan tentang Kim Baek-doo (Jang Dong-yoon) bertemu rakan zaman kanak-kanaknya Oh Yoo-kkung (Lee Joo-myoung) dan semenjak itu mempunyai titik perubahan dalam kehidupan. Mereka berdua telahh membesar bersama-sama di Geosan County. Menggunakan latar belakang gusti tradisional Korea (ssireum) di Geosan, “Like Flowers in Sand” mendokumentasikan perjuangan orang dewasa yang cuba mencari diri mereka sendiri.

Tarikh tayangan: 20 Disember, ENA

Gyeongseong Creature

Dilakonkan oleh pelakon popular, Han So-hee dan Park Seo-joon, “Gyeongseong Creature” akhirnya akan ditayangkan pada Disember ini. Dalam drama sejarah misterius, ia memaparkan kisah orang hilang yang membawa dua orang dewasa ke dalam realiti yang mengganggu kehidupan seharian mereka.

Tarikh tayangan: 22 Disember, Netflix

Haa drama mana yang korang paling teruja nak tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...