Ikuti Kami:

“Wajahnya Seperti Dewi” – Ji Sukjin Puji Kecantikan Song Jihyo

“Wajahnya Seperti Dewi” – Ji Sukjin Puji Kecantikan Song Jihyo

Nampaknya Song Ji-hyo semakin aktif menjadi tetamu dalam pelbagai rancangan hiburan kini.

Selepas menyokong Kim Jong-kook di “Problematic Child In House”, Song Ji-hyo menjadi tetamu dalam rancangan kelolaan Ji Suk-jin iaitu “Tteokbokki Brothers”.

Dalam episod ini, Ji Suk-jin yang sedang menantikan kedatangan Song Ji-hyo tidak lokek memuji wanita itu, Katanya,

Dia sememangnya seperti dewi. Rugi kerana kaca televisyen tidak dapat menangkap kecantikan sebenarnya.

song jihyo ji sukjin

Selepas memunculkan diri, hos yang lain iaitu Lee Yi-kyung dan Kim Jong-min tidak dapat menyorok senyuman mereka melihat wajah pelakon wanita yang menawan itu. Malah Song Ji-hyo tidak segan untuk melihat sekeliling kedai tteokbokki (kek beras) itu dan bersembang santai bersama mereka.

Sudah 12 tahun bersama dalam rancangan “Running Man”, kedua mereka akan berkongsi pelbagai cerita lagi menerusi episod “Tteokbokki Brothers” ini nanti. Tunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...