Ikuti Kami:

Peminat Perasan Song Jihyo Sering Jadi Tetamu Dalam Program Dihoskan Kim Jongkook

Peminat Perasan Song Jihyo Sering Jadi Tetamu Dalam Program Dihoskan Kim Jongkook

Bukan sekadar dalam rancangan hiburan sahaja, ramai sebenarnya yang menantikan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo agar bersama dalam dunia sebenar.

Mungkin rapat kerana sudah 10 tahun bersama berlari dalam “Running Man” namun ramai yang perasan bahawa kedua mereka turut saling berada untuk satu sama lain dalam program lain.

Kalau anda perasan, Song Ji-hyo sering menjadi tetamu dalam rancangan yang dikelolakan Kim Jong-kook. Malah wanita itu juga merupakan ahli “Running Man” pertama yang acap kali menyokong aktiviti lain lelaki itu sebelum ahli lain turut dijemput menyertainya.

My Ugly Ducklings

Song Ji-hyo telah menjadi tetamu untuk program ini di mana Kim Jong-kook berkongsi mengenai kehidupan sehariannya. Meskipun tidak berjumpa dengan lelaki itu secara terus namun wanita tersebut memaparkan hubungan rapat dengan ibu Kim Jong-kook di mana wanita tua itu memberikan persetujuan untuk mereka bersama.

song jihyo kim jongkook

Gym Jongkook

Umum mengetahui yang Kim Jong-kook memulakan saluran YouTube ‘Gym Jongkook’ bermula awal tahun lalu bagi berkongsi mengenai tips senaman buat semua. Yang menjadi perhatian ramai apabila Song Ji-hyo menjadi tetamu pertama yang untuk saluran berkenaan selain keduanya menunjukkan keserasian ‘bak pasangan berkahwin’ apabila pelakon wanita itu yang kelihatan selesa di dalam rumah Kim Jong-kook.

song jihyo kim jongkook

Outrun By Running Man

Merupakan spin-off bagi program “Running Man” di Disney+, Song Ji-hyo telah menyertai program ini sebagai tetamu sejak dari awal lagi bersama Yang Se-chan. Meskipun turut dihoskan oleh Haha dan Ji Suk-jin namun wanita itu dilihat selesa bersama Kim Jong-kook semasa mereka menjalani misi merakamkan muzik video romantik untuk episod terakhirnya.

song jihyo kim jongkook

Problematic Child In House

Terbaru, Kim Jong-kook telah diumumkan sebagai hos baru yang menggantikan Kim Yong-man dalam program berkenaan. Menerusi previu yang dikeluarkan, Song Ji-hyo dilihat menjadi tetamu untuk episod yang sama sekaligus membuktikan bahawa sokongan padu yang diberikan oleh pelakon tersebut buat Kim Jong-kook.

song jihyo kim jongkook

Jarang-jarang memunculkan wajah di program lain namun Song Ji-hyo acap kali menjadi tetamu dalam rancangan yang dihoskan oleh Kim Jong-kook. Menarik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...