Ikuti Kami:

“Hati Awak Pernah Berbunga Kerana Saya Tak?” – Soalan Song Jihyo Buat Kim Jongkook Tersipu Malu

“Hati Awak Pernah Berbunga Kerana Saya Tak?” – Soalan Song Jihyo Buat Kim Jongkook Tersipu Malu

Teruja apabila mendengar Song Ji-hyo bakal menjadi tetamu “Problematic Child In House” untuk episod pertama Kim Jong-kook menyertai program itu sebagai hos baru.

Bagi meningkatkan lagi jangkaan penonton, program KBS itu telah memuat naik klip pendek untuk episod tersebut.

Ianya bermula dengan kata-kata Kim Jong-kook,

Saya mahu kelihatan bertenaga.

Apabila Kim Sook penat kerana perbualan yang panjang dia meminta Kim Jong-kook untuk memperkenalkan tetamu untuk minggu ini.

song jihyo kim jongkook

Baru sahaja duduk, Song Ji-hyo terus memarahi Kim Jong-kook,

Sudah lama saya menunggu di luar.

Kemudian, ianya bersambung dengan soalan cepumas Song Ji-hyo yang berjaya membuatkan lelaki berbadan sasa itu tersipu malu,

Oppa, awak hati awak pernah berbunga tak kerana saya?

song jihyo kim jongkook

Selepas itu, mereka mula bergaduh akibat satu insiden yang berlaku di dalam “Running Man” baru-baru ini. Kata Song Ji-hyo,

Saya dah cakap kalau tambah lada hitam dalam ramen, ianya akan menjadi lebih sedap tapi awak tak percayakan saya. Haha juga mengatakan perkara yang sama, tapi awak mempercayainya.

Mendengar luahan Song Ji-hyo itu, hos lain mengatakan bahawa wanita itu nampaknya banyak bersabar dengan Kim Jong-kook.

Tak sabar nak saksikan pergaduhan mereka? Jangan lupa saksikan “Problematic Child In House” yang bakal bersiaran pada 20 April nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...