Ikuti Kami:

Sokong Kim Jongkook Jadi MC, Song Jihyo Akan Muncul Dalam ‘Problem Child In House’

Sokong Kim Jongkook Jadi MC, Song Jihyo Akan Muncul Dalam ‘Problem Child In House’

Song Ji-hyo akan jadi tetamu dalam rancangan hiburan KBS “Problem Child in House”!

Pada 13 April, Song Ji-hyo telah disahkan akan muncul sebagai tetamu dalam “Problem Child in House” untuk episod akan datang pada 20 April.

Dalam pada itu, episod yang menampilkan Ji-hyo sebagai tetamu ini juga akan menandakan episod pertama Kim Jong-kook sebagai MC tetap baharu, dan Song Ji-hyo telah dijemput sebagai tetamu pertama untuk menyokong teman rapat “Running Man”nya.

kbs problem child in house

Sementara itu, “Problem Child in House” ialah program kuiz yang dihoskan oleh Song Eun-yi, Kim Sook, Jung Hyung-don, Min Kyung-hoon, dan kini bersama Kim Jong-kook. Program ini disiarkan setiap hari Rabu di KBS2.

Wah! ‘Supportive’ betul kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...