Ikuti Kami:

“Bercinta Je Lah” – Peminat Syok Song Jihyo Merajuk Dengan Kim Jongkook Bak Pasangan Sebenar

“Bercinta Je Lah” – Peminat Syok Song Jihyo Merajuk Dengan Kim Jongkook Bak Pasangan Sebenar

Semakin hari, semakin ramai yang menyokong hubungan cinta antara Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook.

Terbaru, kelakuan Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook yang bertelingkah seperti pasangan kekasih sebenar dalam “Running Man” membuatkan ramai teruja.

Semasa kesemua ahli sedang memasak, Kim Jong-kook telah membuatkan Song Ji-hyo merajuk apabila dia mempersoalkan sebab dia menambah lada hitam ketika memasak ramen.

Lada hitam dalam ramen?

song jihyo kim jongkook

Jelas Song Ji-hyo,

Ianya lebih sedap sekiranya di tambah sedikit.

Tak mempercayai kata-kata wanita itu, lelaki berbadan sasa itu meminta pengesahan daripada Haha,

Adakah ianya lebih sedap sekiranya ditambah lada hitam?

Apabila Haha menjawab ‘Ya’, barulah Kim Jong-kook mempercayainya.

song jihyo kim jongkook

Terluka, Song Ji-hyo mempersoalkan dengan nada merajuk,

Kenapa awak tak percaya apabila saya mengatakannya? Tapi apabila Haha mengatakannya, awak terus percaya.

Terkejut dengan soalan wanita itu, Kim Jong-kook menjawab,

Saya hanya ingin tahu.

Song Ji-hyo bagaimanapun terus meluahkan rasa tidak puas hatinya,

Geramnya. Apabila Haha mengatakannya, awak terus ‘Ohh’ tapi apabila saya mengatakannya, awak ragu-ragu.

song jihyo kim jongkook

Balas lelaki berkenaan lagi,

Adakah berdosa sekiranya saya bertanya?

Cuba meredakan keadaan,

Ji-hyo, saya tak tahu. Terima kasih kerana mengajar saya.

Melihatkan mulut Song Ji-hyo yang terus muncung, Haha serta penonton tidak dapat menahan tawa mereka. Malah ramai yang mengatakan bahawa aksi kedua mereka kelihatan seperti pasangan bercinta sebenar yang bergaduh.

Geram tengok Song Ji-hyo muncung!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...