Ikuti Kami:

“Kalau Kami Kahwin..” – Kim Jongkook Sudah Rancang Perkahwinan Bersama Song Jihyo?

“Kalau Kami Kahwin..” – Kim Jongkook Sudah Rancang Perkahwinan Bersama Song Jihyo?

Seronok betul apabila menonton kisah Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo dalam “Running Man” kan?

Terbaru, peminat pasangan ini meluahkan rasa teruja apabila ahli lain mengusik mengenai senario sekiranya mereka berkahwin nanti.

Situasi bermula apabila Ji Suk-jin tiba-tiba bertanya kepada Kim Jong-kook tentang hadiah yang dimahukan sekiranya dia berkahwin dengan Song Ji-hyo,

Kalau awak berdua kahwin, nak saya berikan apa?

kim jongkook song jihyo

Protes Kim Jong-kook,

Berhenti bercakap pasal hal itu. Kita dah habis bersembang mengenainya.

Sambung Ji Suk-jin,

Okay tak kalau saya bagi TV saiz 85 inci?

Lelaki berbadan sasa itu kemudiannya menyelit,

Saya boleh beli sendiri.

kim jongkook song jihyo

Tambahnya,

Minta maaf, kalau saya berkahwin dengannya (Song Ji-hyo), awak (Ji Suk-jin) jangan datang.

Usik Yoo Jae-suk,

Maknanya awak ada terfikir untuk berkahwin dengannya.

Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya beralih dan bersembang mengenai hal lain selepas itu.

Apa salahnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...