Ikuti Kami:

Wajah ‘Kelabu’, Netizen Kesal Jurusolek Korea Tak Pandai Make-Up Peserta Malaysia?

Wajah ‘Kelabu’, Netizen Kesal Jurusolek Korea Tak Pandai Make-Up Peserta Malaysia?

Umum mengetahui bahawa wajah Asia Tenggara mempunyai ciri berbeza berbanding Asia Timur. Walaupun sama benua, nama pastinya akan ada kelainan antara setiap negara.

Terbaru, program survival idola iaitu “Universe Ticket” sudah pun memulakan siaran kini. Membawa 81 peserta bukan sahaja dari Korea, semestinya ramai yang menantikan apakah kelainan dibawa mereka.

Malah peminat tempatan turut berbangga apabila salah seorang dari peserta itu berasal dari Malaysia dan baru berusia 18 tahun kini. Meskipun sudah dua episod ditayangkan, namun masih sukar untuk melihat kelibat Alyssa di bangku peserta selain persembahannya masih belum disiarkan kini.

alyssa universe ticket

Walau bagaimanapun, menerusi entri terbaru di laman Instagram program itu, ramai yang meninggalkan komen pada gambar Alyssa. Rata-ratanya meminta “Universe Ticket” segera memaparkan bahagian gadis itu kerana ramai yang sudah tidak sabar mahu menontonnya.

Tak cukup dengan itu, ada yang turut mengkritik kemampuan jurusolek Korea yang sepertinya gagal untuk menaikkan seri wajah peserta Malaysia itu apabila ‘foundation’ yang digunakan nampak tak setara dengan kulit wajahnya yang ‘sawo matang’.

Bukan itu sahaja, peserta dari Indonesia iaitu Vanesya juga turut mengalami nasib yang sama kerana solekan yang kelihatan agak tak sesuai dengan warna kulitnya.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...