VIVIZ, Terdiri Daripada Eunha, SinB & Umji, Sah Akan Debut Bulan Depan

VIVIZ

Setelah sekian lama menunggu, VIVIZ akhirnya akan debut pada bulan depan!

VIVIZ ialah kumpulan yang ditubuhkan oleh bekas ahli GFRIEND iaitu SinB, Eunha, dan Umji di bawah agensi baru mereka, Big Planet Made. Setelah berpisah dengan agensi mereka Source Music, SinB, Eunha, dan Umji bersetuju bahawa mereka ingin meneruskan promosi sebagai idola K-Pop, dan akan membuat debut semula pada bulan Februari depan sebagai kumpulan gadis, VIVIZ.

Seorang wakil dari Big Planet Made telah mengesahkan,

VIVIZ merancang untuk mengeluarkan album sulung mereka sebelum pertengahan Februari.

Sementara itu, jom tengok video disebalik tabir penggambaran VIVIZ bersama majalah Dazed pada bulan lepas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply