Ikuti Kami:

SinB, Eunha & Umji Bekas Ahli GFRIEND Akan Promosi Sebagai Trio Di Bawah Agensi Baru

SinB, Eunha & Umji Bekas Ahli GFRIEND Akan Promosi Sebagai Trio Di Bawah Agensi Baru

Setelah kumpulan GFRIEND menamatkan kontrak mereka dengan SOURCE MUSIC, Sowon, Ye-rin dan Yuju yang juga merupakan bekas ahli kumpulan tersebut, sudah pun menandatangani kontrak dengan agensi baru mereka tersendiri.

Kini, giliran SinB, Eunha dan Umji pula memasuki agensi baru mereka iaitu di Big Planet Made (BPM).

sinb eunha umji

Di akaun Twitter Rasmi BPM, ketiga-tiga mereka telah diumumkan sebagai artis baharu di bawah agensi Big Planet Made (BPM), dan akan meneruskan promosi sebagai kumpulan trio. Soyou, bekas ahli kumpulan SISTAR juga merupakan artis baharu di agensi tersebut.

SinB, Eunha dan Umji sendiri telah berkongsi perasaan mereka dengan berita ini di Instagram peribadi mereka.

 

SinB:

Hello, ini SinB. Setelah pertimbangan yang lama, saya akan memulakan permulaan baru di BPM Entertainment bersama Eunha dan Umji. Pasti sudah lama yang menunggu, tetapi terima kasih kepada peminat yang menunggu depan penuh kepercayaan. Momen buat saya untuk melebarkan sayap di kediaman baru ini sangat menarik dan juga menggugah hati, tetapi saya akan terus berusaha untuk mempamerkan muzik yang baik dan pelbagai aktiviti di masa hadapan. Harap semua dapat berikan sokongan!

Eunha:

Hello! Ini Eunha. Banyak masa yang telah berlalu. Saya berasa kasihan dan berterima kasih kepada peminat yang telah lama menunggu. Saya akan memulakan perjalanan yang baru di BPM Entertainment bersama dengan SinB dan Umji! Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan anda yang kekal. Saya ingin memberikan muzik dan persembahan yang baik kepada anda semua yang sangat saya sayangi. Tolong sokong saya ♥

Umji:

Hello, ini Umji. Setelah menghabiskan masa yang lama untuk mempertimbangkan dengan apa yang telah berlaku, saya datang ingin menyampaikan berita baik. Mulai sekarang, Eunha, SinB dan Umji akan menjadi kumpulan 3 ahli bersama di BPM Entertainment:) Sudah tentu ada pelbagai masalah, tetapi sekarang banyak perkara yang telah diselesaikan, saya amat menantikan aktiviti baru kami. Saya bersedia untuk sibuk bekerja dengan gembira, dan saya akan bekerja keras. Jadi, harap semua dapat tunjukkan rasa keterujaan serta sokongan. Terima kasih ♡

sinb eunha umji

Tagline #EunhaSinBUmjiTRIO dan ‘THEY SIGNED TOGETHER’ telah trending di Twitter dengan ribuan tweet oleh peminat mereka.

Wah, tak sabarnya nak tunggu penampilan baru mereka bertiga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...