Bekas ahli kumpulan GFRIEND iaitu SinB, Umji dan Eunha yang baru-baru ini diumumkan memasuki agensi mereka yang baharu iaitu di Big Planet Made (BPM), kini umum nama kumpulan baru mereka.
SinB, Umji dan Eunha kini akan memulakan promosi sebagai kumpulan trio di bawah nama “VIVIZ”.
Big Planet Made yang telah mengumumkan nama rasmi untuk kumpulan trio yang baharu ini, turut memuat naik video visual filem serta mencipta akaun Instagram, Twitter dan YouTube rasmi buat VIVIZ.
Tak sabarnya nak tunggu lagu baru VIVIZ!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.