Ikuti Kami:

“Visual Menarik!” – Peminat Mahu Promo Webtoon ‘The Villainess Is A Marionette’ Diterbit Jadi Drama

“Visual Menarik!” – Peminat Mahu Promo Webtoon ‘The Villainess Is A Marionette’ Diterbit Jadi Drama

Bukan sahaja mencuri perhatian, kini penonton mahukan ia jadi kenyataan!

Video promosi berdurasi 1 minit yang disiarkan oleh Kakao Entertainment, di mana mempamerkan pelakon seperti Han So-hee, Cha Eun-woo dan Lee Soo-hyuk, jelas membuat penonton tak keruan.

Video itu merupakan satu adaptasi daripada drama webtoon,  “The Villainess Is A Marionette”. Ia menampilkan kecantikan visual bagi watak yang mereka lakonkan dan kini ianya menjadi lebih menarik apabila penonton mahukan ianya dijadikan sebagai penerbitan drama sebenar.

Han So-hee, Cha Eun-woo dan Lee Soo-hyuk dipilih untuk tampil dalam video tersebut adalah kerana ianya bertujuan untuk menjadi satu video promosi di peringkat global. Mereka juga dipilih dek kerana figura mereka yang mempunyai persamaan dengan watak webtoon tersebut.

Setakat ini, jumlah tontonan video itu sudah mencecah 10 juta tontonan. Di laman Kakao page kini, ianya dibanjiri dengan pelbagai permintaan daripada peminat.

“Tolong lah buat drama yang sebenar dengan line up ini.”

 

“Kami mahu drama yang sebenar!”

 

“Cantiknya Han So-hee!”

 

“Visual yang menarik!”

https://twitter.com/only_hansohee/status/1578220226742980608

Korang nak tak ianya jadi sebuah drama?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...